Monday, March 27, 2006



Citra sebuah kehidupan
(Untuk rakan seperjuangan)

Citra ke 3

Bermulalah mencipta sebuah impian
Kita bersama walaupun kita berbeza
Arus gelombang dan badai kita tempuhi
Dengan hati yang tabah walaupun kita sering terluka
Luka itu masih berdarah
Kita masih teruskan perjuangan ini

Citra ke 4

Tika ini……
walaupun ada yang gugur, luka dan berundur
perjuangan ini harus diteruskan
kita berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir
kini….
Luka itu semakin sembuh

Citra ke 5

Kerana Mu aku tak gusar
Mencari sebutir permata idaman semua
Segulung kertas masa depan
Akan ku kental meneruskanya hingga akhir
Iringlah perjuangan kita ini dengan ikatan persahabatan
Moga berjaya mengapai apa yang diidamkan


Citra terakhir

Di batasan masa ini
Perjuangan kita tiba ke penghujungnya
Pertemuan ada perpisahan
Ini hukum alam yang kita harus terima hakikatnya
Walaupun pahit atau manis untuk ditelan
Ingatlah perpisahan bererti suatu…..
Permulaan yang baru dalam episod citra ini
Terimalah perpisahan ini suatu yang indah
Semoga lakaran yang kita cipta ini
Kekal hingga ke akhir masa.





Coretan tarian pena
(zul 2004)