Thursday, March 23, 2006

Hikayat kerabat Bem 0 + 1 = 06

Hai!!!! Hello!!! Just nak cerita sikit kat kesemua rakyat jelata kisah story morry the morning glory kat anda semua mengenai kaum kerabat bem 06 tahun nie lahhhh. Oklah tu yeeeee. Kisah bermula pada tahun awal atau tengah 2002 mereka semua kaum kerabat ni bertemu and semuanya berpoyokan diri geng-geng perak and shah alam and also tertinggal yang dah bekerja dan beberapa pendatang asing dari U tut tut.

This kerabat bermula dengan seramai 44 orang kesemua campur tolak darab,YP keabadi and YP biasa, sikit IRR yang digeruni itu. Now taksurelah berapa lagi yang tinggal dalam kerabat ini akibat gelombang yang selalu melanda Negara ini. Pada permulaan musim ini kaum kerabat ni dipantau dari kayangan indah bestari oleh Puteri Bestari Menari-nari Indah Kejora Cik Noraliza Basrah. Pemerintahanya di subsidikan kepada Sultan Hishamuddin Batu Belah Jalan Raya Section 07 Ibnu Muda if minum tongkat ali power root. Sepanjang pemerintahnya Negara bem bom bam bemmm in yang terletak di lembah terlarang dan melarang pengurusan hartanah indah permai jaya sendirian berhad. Ooooohhhhh terlupa pulak kat permaisuriii sultan ni amat sesuai with the sultan the name of this queen ialah jeng!!jen!! jen!!!!!!! Iaitu Sultanah Jet Projet U2 Al Maizatul Azma . Sangatlah kiut sehingga sangat memerlukan ketinggian yang secukupnya ketika bersama with rakyat jelata yang budiman. Neraga ini aman damai indah permai bak tasik bera disinari bulan dan bintang.

Arkian tersebutlah kisah sultan and the sultalnah ini memiliki seorang puteri and seorang putera yang elok rupa parasnya selaras tahap hikmat dewa ke-14yang tiada tandingi. Puteri yang dimaksudkan itu Puteri intan payung terjun terkoyak zarina moon-monn doraemon yang sentiasa rindukan putera raja dating menyuntingnya. Manakala puteranya bernama Iskandar Damak Tamak Zulkifli Choki-Choki Enak Dimakan. Putera ini sentisa menjadi idaman kalbu gadi-gadis seantero Negara bem kerana tak tau pun ape sebabnya, coz anak raja je kot!!! Kalau bukan anak raja sape pun tak nak kan! Kan!!jenet kan!!!. Puteri Intan Payung Terjun Terkoyak Zarina Moon-Monn Doraemon mempunyai bukan satu bukan dua malah empat dayangs yang sentiasa bersamanya mengurusan hal-hal harian yang diperlukan oleh puteri seorang ni. Dayang – dayang ini ialah Siti Nur Hasnida Jen Tut Tut, Memey Permata Rosniza Layu Di Tasik Madu And Sity Aisyah Nurhaliza Pokemon Merah yang sentiasa menjadi penyanyi untuk hiburan puteri but sekarang ni sibuk nak buat album duet with partnernya Panglima Hang Bujal Faizal Cap Teko. Nak buat album tak sempat lagi because this panglima kena pergi berperang. Jadi tertangguhlah cit-cita keduanya ingin merakamkan album duetnya. Sebab tulah jamal and sarah glemer dulu. Sebab dengar khabar angin sepoi kus kus bahawa lagu sandarkan pada kenangan tu sebenarnya untuk diaorang.

Oklah berbalik pada all these dayangs yang telah sentiasa menjeleskan rakyat jelata dengan kecantikan rambut mereka kerana menggunakan dove membuatkan mereka sentiasa disayangi….. tetapi mereka telah pudar gelemor kerana ada empat dayang lain iaitu ning ziana, cempaka norin, siti norfazila sila jalan and si manis rosmaniza yang kadangkala tak manis. Mereka-mereka ni memperkenalkan gaya terkini rambut “guna teknik rebonding ke?, taklah, guna syampu je!”. So sentiasalah berlaku pertengkaran between these two group, syampu sape paling bagus untik Negara bem bom bam nie. If berlaku pergaduhan nie terpaksalah ketua panglima and assistannya mencuba pelbagai teknik seperti theory growth pole, central place theory and pelbagai theory lagi tapi masih belum mampu mendamaikan 100% keadaan ini. Ok lupa pulak nak bagitau who ketua panglima and assistannya, mereka ialah Hang fazlee darlie fresh and white dan assistannya yang sentiasa komited menjalankan tugas iaitu Hang jay redzuan wjn yang mempunyai nama slang omputih menjadi kegilaan ramai dayang di istana.

Kini Negara bem bom bam di kejutkan dengan kehadiran geng harimau berantai zhulian yang menghuru-harakan keadaan Negara yang aman selama ini. Geng ini diketuai Mr brown @ nazri @nazriey@nazry dan tiga orang escort yang sentiasa bersedia berkhidmat sepenuh dan sepanjang masa bak kata pepatah sehingga nasi seperiuk masak. Mereka yang di gembar-gemburkan amatlah hebat dengan ilmu persilatan yang dikenali teknik pengawalan vocal tahap dewa ke-14. Pembantu Mr Brown ini bernama hang Hazami M khairil kerikil di tepi sungai. Dengar khabar si Hang Hazami kerikil di tepi sungai ni mempunyai vocal yang bagus sesangat lah pada hemat dia. Katanya dah dapat kontrak dengan Siti Nurhaliza Production tetapi kerana taat pada Negara ini melebihi dari segalanya maka dia memilih untuk terus berkhidmat pada negaranya. Sungguh murni niatnya itu kan!!

Pembantu kedua Mr brown ni known as Soupi Saufi Sofy Sup ayam Maggi dan Panglima little kev@kevin yang kedua-duanya mahir dalam bidang computer sehingglah plaza imbi itu adalah rumah kedua mereka. Ini kerana mereka menuntut ilmu persilatan alam cyber tahap tertinggi yang dikenali hikmat membunuh dewa Pentium 4. But mereka berdua ni ada best friend Yang amat senyap and cool iaitu Wan Wajihuddin Darlie Fresh and White.

Walaupun Negara bem ini mempunyai panglima yang gagah diketuai seri nara iklan ikmal fauzi ke-6. panglima Seri Nara iklan ikmal fauzi ini mempunyai senjata yang ditakuti ramai yang dikenali sebagai tanjak berapi plant and machinery. Pembantu panglima ini adalah dua orang serikandi yang elok rupa parasnya but masih available iaitu Siti sailormoon noraziah mata duitan. Ini kerana walaupun dia seorang panglima tetapi tugasnya lebih kepada financial. Dan satu lagi serikandi itu dikenali Sue Sue Shuhana di alam fana. Amatlah ayu orang dan tak tau lah nak cakap apa lagi memang ayu pun.

Maka satu malam si sultan Hishamuddin Batu Belah Jalan Raya section 07 ibnu Muda if minum tongkat ali power root bermimpi tok kebayan Apai Tapai nasi basi fairuz and his wife Nur Cahaya fauzi Fauziah nak pak salleh mengatakan cara hendak menewaskan Mr brown @ nazri @nazriey@nazry ada terdapat di gunung Alam sentral yang berada dilembah Giant section 13. Digunung itu perlulah meminjam tongkat rebus sic stantibus dari 4 puteri gunung tersebut.

Maka melalui alamat tersebut si sultan ini mengarahkan pembantu sulitnya Nick Arif Affin Bank bersama Jem Tat nanas Jamal Taj Mahal menyempurnakan tugas pergi ke Gunung Alam Sentral. Nak dipendekkan cerita maka tibalah mereka berdua ini di gunung ini. Dan betemulah kedua-dua panglima dengan owner freehold gunung ni bukan lease hold. Mereka adalah geng yang dikenali sebagai kultus teratai layu di tasik shah alam. Geng ini diketuai oleh Raden Adjeng Gusti WWF Puteri intan Kak jem Jamaliah. Si puteri ni pulak adelah 4 orang escortnya yang terdiri dari Ning noorezema intan terletak, Godzzilla Rozila Kiki lala menari-tari dangdut,Jun Bulan Jun Julai Ogos Junaiha and Norjuliana Bukan cinta biasa Tetapi cinta gilee. Tetapi nak masuk kat gunung ni adalah pula dua orang pegawai kastam gunung ni iaitu si Lienda bienda sienda dienda and Nur Cahaya Noreen Oren Mandarin.Mereka berdua ini selalulah masuk karaoke tetapi si Nur Cahaya Noreen oren orang kata, orang kate kan, saya tak kata ape yeeeee, dia ni ada bakat baca berita boleh ganti Norazlina rezuan kerna suaranya yang ummmphhh macam speaker tapi dia kata tak minat. Yang si Lienda bienda sienda dienda telah tertengok tut tuttttt orang so bila nak nyanyi tak keluar suara so tak boleh nana nyanyi. Dua pegawai kastam gunung ni pula di ketuai oleh seorang juga serikandi terbilang dalam bab-bab mengira uwang dalam rupiah juga in RM Malaysia kalau bab-bab duit ni must cari dia lah. Oklah diperkenalkan sekarang ketua kastam ialahhhhhhhh Aunty Noraziah makcik kuih Bom-Bom. Tapi aku rasa dah tulis pasal makcik kan tadi kat atas kan? Takpelah ye!!!!

Nak dipanjang kan cerita lagi ketua kastam ini ada lah pula tiga orang anak murid yang balak menggantikan tempatnya iaitu Teratai Rubiatun Zamrud terkilau, Abby Tak abadiey and seorang racer yang hebat dalam menguasai sikill pemanduan iaitu Roy Yaya Rohaya Suzuki Yamaha Honda. Katanya dia tak suka barang Negara lain selain barang dari jepang.

Setelah selesai Nick Arif Affin Bank bersama Jem Tat nanas Jamal Taj Mahal menguruskan hal mereka di gunung tersebut dan sudah mengucapkan hi hi bye bye kepada orang-orang kat gunung tu, maka mereka perlu menyerahkan barang tersebut kepada Dewa Sari Hang Azhar Zuarina @ Melati Putih untuk mengggunakanya bagi mengalahkan Mr brown @ nazri @nazriey@nazry. Setelah bertarung selama 7 hari 7 malam macam cerita dragon ball tu tak abis-abis maka kalahlah si Mr Brown. Dengan ini Negara Bem ini kembali aman dan damai dan semua rakyatnya hidup sentosa bersama pecahan telur yang menjadi santapan atau makanan ruji bagi rakyatnya.


p/s kepada sesiapa yang tertinggal maaf di pohon dan kalau terasa juga maaf dipinta dan kenangan bersama anda semua akan kekal buat selamaya.

Tukang karut yang buat
Zul lagi